Rayuan Derma Untuk Orang Susah




Salam.

Saya mengenali Syeikh Abol ini dari sahabat saya, Kak Karimah Yusoff. Syeikh Abol ini orang Negeri Sembilan, berkahwin dengan orang Kuala Krai, Kelantan. 

Syeikh Abol ini merupakan ikhwan tarekat Ahmadiah Idrisiah dari jalur Linggi, anak lelaki kepada Syeikh Ahmad bin Salleh. 

Menetap di Kampung Lata Rek, Kuala Krai. Beliau tidak mempunyai kerja tetap. Hanya mampu menyara keluarga dengan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, dan sebagainya. Mempunyai anak yang ramai. Beliau sendiri selalu tak sihat badan. Dari itu, beliau tak mampu membuat kerja dan seterusnya tak mempunyai sumber pendapatan.

Pelbagai ujian yang beliau hadapi. Sesungguhnya beliau tergolong dari golongan orang yang kuat beramal. Moga-moga Allah merahmati beliau sekeluarga. Orang yang Allah sayang, pastinya hidup tak kan lekang dari mehnah dan ujian.

Bagi meringankan bebanan hidup, marilah kita sama-sama menyumbang derma ataupun keluar zakat untuk beliau.

Boleh hubungi terus Syeikh Abol di talian 018-3527308.




5 Kategori Sedeqah Menurut Imam Sayuti

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada 5 kategori :

1) Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.
2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat memerlukan.
4) Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.
5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]



Insya Allah tuan/puan, marilah kita bersedekah kepada orang alim (artikel nombor 5) kerana ganjarannya sangatlah besar sekali.

Moga-moga Allah lembutkan hati tuan/puan untuk ringankan tangan untuk menghulurkan sumbangan kepada Syeikh Abol ini dan perlu kita ingat, rezeki yang kita ada itu bukannya milik kita pun. Bersedekah mengajar kita tidak pentingkan diri sendiri.


Saya Guna Template Responsive Di Blog Ini





Salam. Semua sihat kah?

Kepada pembaca blog ini yang tertanya-tanya saya pakai template apa, inilah jawapannya.

Simplify Free Responsive Blogger Template

Jika berminat nak mempunyai template blog yang saya pakai ini, boleh lah downloadnya DI SINI.

Sebelum itu, kamu tengok lah dahulu kat blog pencipta template yang cantik dan kemas ini di Arlina Design

Harap membantu kamu semua. 

Syeikh Aleey Abdul Qader At Tohiri - Ya Aziem



Ya Azim 

Ertinya Wahai Yang Maha Agung.

a) Apabila di baca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insya Allah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
b) Sesiapa yang berulang kali membaca (Ya Azim) Insya Allah dia akan memperolehi kemuliaan.
c) Apabila orang sakit berzikir dengan menyebut Ya Azim sebanyak 1020 x Insya’Allah penyakitnya akan sembuh. Kalau yang berzikir itu tidak mempunyai penyakit, Insya Allah ia akan memperolehi kebesaran dan kemuliaan.
d) Sesiapa yang berzikir dengannya sebanyak 7,000 x tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam selama 1 bulan, Insya Allah darjatnya akan naik dan memperolehi kelebihan yang anyak dann mendapatkan kesenangan dalam kehidupan dunia.






Doa Ampuh Seorang Blogger Malaysia



Bismillaahir Rohmaanir Rohiim.


Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha Besar. Yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu.

Allah lah yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Tetap Hidup, yang Kekal selama-lamanya. Yang Tidak Mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya, Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami. Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Nabi Muhammad sebagai Rasul kami. Kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.

Ya Allah, sampaikanlah salam dan selawat ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Semoga Allah membalas kebaikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad atas kebaikannya kepada kami.

Wahai Tuhan, kami memohon dengan Haq atau benarnya surah Al-Fatihah yang Agung, iaitu tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan yang baik; dan peliharakanlah kami Ya Allah sebagaimana Kamu memelihara hamba-hamba-Mu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami, keturunan kami, sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan, kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Kamulah Maha Pelindung dari seluruh kebaikan dan Kamulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi kepada sesiapa saja kebaikan dan Kamu lah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Tuhan kami. Jadikanlah mereka yang melawat blog ini akan terasa insaf dan melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik dan lebih mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah. Tambahkanlah kami ilmu yang bermanfa’at dan kuatkanlah iman kami. Berikanlah hidayah Mu kepada kami secara berterusan.

Wahai Tuhan kami, Kamu lah Penolong kami, kepada Kamu lah kami mohon pertolongan. Kamu lah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Kamu lah kami mohon keselamatan di dunia dan akhirat.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ibu-bapa kami. Berikanlah mereka rezeki yang halal lagi berkat, kesihatan yang berganda, iman yang teguh, terimalah amalan mereka dan sekiranya mereka telah pergi mendahului kami, rahmatilah mereka dan jauhkanlah mereka dari azab seksa kubur. Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa dosa yang ada pada kami.

Ya Allah, yang Maha Mengetahui rahsia hati kami, janganlah Kamu membuka aib kami. Berilah kami afiat, ampunilah kami, dan senantiasalah Kamu menjadi penolong kami di mana pun kami berada. Kami pohon perlindungan dengan Nur kesucian Kamu dan berkat keagungan sifat jalal Kamu dari setiap kejahatan makhluk Mu dan segala malapetaka serta berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

Wahai Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim. Hinakanlah dan lemahkanlah orang-orang yang menzalimi kami sebagaimana Kamu hinakan golongan yang menentang agama Mu yang terdahulu. Berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami.

Wahai Tuhan kami, Kamu lembutkanlah hati-hati mereka yang zalim terhadap kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan Kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu rombak rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri, Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka. Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan kemuliaan, sesungguhnya Kamu berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Tiada Tuhan bagi kami melainkan Kamu. Demi kebesaran Wajah Kamu dan Kemuliaan Kesucian Kamu, berilah kemudahan dalam urusan dunia dan akhirat kepada kami dengan limpah kurnia dari Kamu wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Ya Allah, Jadikan kami saling menyempurnakan ibadat kepada Mu.

Wahai Tuhan kami, berilah kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepada Mu yang boleh memasukkan kami ke syurga Mu. Tanamkan sifat taqwa ke dalam jiwa kami. Berikanlah kekuatan kepada kami supaya merasai lazat beramal soleh dan sentiasa berlumba-lumba mencari peluang berbuat kebajikan. Janganlah Kamu jadikan dunia ini sebagai matlamat dan cita-cita kami. Kurniakanlah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan, pergerakan dan kekuatan tubuh badan selama kami hidup.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga Mu. Kami memohon perlindungan dari kemarahan Mu dan api neraka. Ya Allah, dengan keberkatan nama-nama-Mu yang indah, anugerahkanlah kami Husnul Khatimah (akhir hayat yang baik). Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam.

Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat Mu ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alihi Wa Sallam yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Amin Ya Rabbal Alamin.